Pages

Deposit & Withdrawal Melalui IB


TERMA DAN SYARAT
TERMS AND CONDITIONS
WAJIB! Sila baca terlebih dahulu
Perkara 1: Rate
  • 1.1 - Sebarang perubahan rate deposit dan withdrawal samaada menaik ataupun menurun adalah disebabkan perubahan semasa kadar pertukaran matawang asing antara ringgit (RM) dan dollar (USD) diperingkat antarabangsa.
  • 1.2 - Perbezaan antara rate deposit dan withdrawal adalah sebanyak 0.2.
  • 1.3 - Rate withdrawal setiap akaun adalah TIDAK TETAP bergantung kepada rate semasa IB.
  • 1.4 - Kemungkinan berlaku perbezaan rate bagi setiap IB adalah boleh berlaku.
  • 1.5 - Anda dinasihatkan berurusan dengan IB yang sama kecuali berlaku perkara yang tidak dapat dielakkan.
Perkara 2: Deposit dan withdrawal
  • 2.1 - Rate withdrawal akaun pelanggan tetap kekal seperti sebelum ini walaupun berlaku kenaikan rate withdrawal semasa IB.
  • 2.2 - Apabila berlaku penurunan rate withdrawal semasa IB, maka rate withdrawal akaun pelanggan akan turut menurun.
  • 2.3 - Akaun yang deposit bercampur-campur rate iaitu topup, maka rate withdrawal akan dikira prorate.
  • 2.4 - Pihak Introducing Broker/IB/saya berhak mengubah jumlah deposit dan withdrawal yang besar kepada beberapa bahagian yang kecil jika difikirkan perlu diatas sebab-sebab yang tertentu dan akan memaklumkan kepada pelanggan. 
Perkara 3: Akaun trading
  • 3.1 - Pelanggan yang ingin berurusan deposit dan withdrawal dengan saya dinasihatkan mendaftar akaun trading dilaman web rasmi iaitu, www.mybelajarforex.blogspot.my
  • 3.2 - Sekiranya akaun trading pelanggan tidak didaftarkan dibawah saya maka sebarang permasalahan berkaitan akaun trading perlu diselesaikan sendiri oleh pelanggan dengan pihak HQ InstaForex di Rusia kerana maklumat akaun pelanggan tersebut tiada didalam database saya.
  • 3.3 - Sekiranya akaun trading pelanggan didaftarkan dilaman web rasmi saya, maka sebarang permasalahan berkaitan akaun trading dapat dibantu sepenuhnya kerana maklumat akaun pelanggan tersebut berada didalam database saya.
Perkara 4: Masa dan hari
  • 4.1 - Masa untuk pelanggan melakukan urusan deposit adalah 7 hari seminggu dari jam 8 pagi sehingga 11 malam.
  • 4.2 - Masa untuk pelanggan melakukan urusan withdrawal adalah 5 hari seminggu iaitu Isnin hingga Jumaat dari jam 8 pagi sehingga 11 malam.
  • 4.3 - Masa yang diperuntukan untuk urusan deposit adalah 10 minit hingga 30 minit.
  • 4.4 - Masa yang diperuntukan untuk urusan withdrawal adalah antara 1 jam hingga 24 jam.
  • 4.5 - Masa yang diperuntukkan untuk urusan payment dibawah USD500 adalah antara 1 jam hingga 24 jam dari masa USD ditolak dari akaun trading. Manakala untuk payment diatas USD500 adalah antara 24 jam hingga 72 jam.
  • 4.6 - Sekiranya terdapat perkara seperti ganguan internet, berada diluar liputan, sistem down, deposit dalam jumlah yang besar, dan sebagainya maka urusan deposit dan withdrawal akan mengambil masa yang lebih dari yang dinyatakan.
  • 4.7 - Pihak Introducing Broker/IB/saya berhak mengubah peruntukan masa deposit, withdrawal dan payment jika difikirkan perlu diatas sebab-sebab yang tertentu dan akan dimaklumkan kepada pelanggan.
  • 4.8 - Memandangkan bilangan jumlah pelanggan yang semakin meningkat maka pihak Introducing Broker/IB/saya menggunakan kaedah first come first serve dalam urusan deposit, withdrawal, payment dan kemungkinan akan berlakunya penggiliran.

Pihak Introducing Broker/IB/saya akan cuba memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Namun kerjasama anda terutamanya kesabaran dalam setiap urusan amatlah diperlukan dan dihargai.

Pelanggan dianggap telah bersetuju dengan semua terma dan syarat diatas sekiranya meneruskan urusan deposit dan withdrawal dengan Introducing Broker/IB/saya.

Pihak Introducing Broker/IB/saya berhak melakukan sebarang perubahan didalam terma dan syarat tanpa perlu mengeluarkan notis dan persetujuan pelanggan.

Terma dan syarat ini tidak memerlukan tandatangan.


DEPOSIT



Peringatan: Diruangan reference, jangan guna perkataan forex, InstaForex, fx, deposit atau apa saja perkataan berkaitan forex. Hanya letakkan nombor akaun trading sahaja.

Untuk deposit anda dikehendaki memaklumkan kepada saya maklumat berikut:
  1. Jumlah RM:
  2. Tarikh & masa:
  3. Bank:
  4. No Transaksi jika ada:
  5. No Akaun trading anda:
  6. Sila whatsapp maklumat diatas ke www.wasap.my/60199273157

Selepas pengesahan saya akan memindahkan duit anda kepada pihak instaforex untuk dimasukkan kedalam akaun trading anda. Dalam masa 10-30 minit USD akan dimasukkan ke dalam akaun trading anda. Selepas itu anda boleh mendapatkan claim bonus 30% dari jumlah belian anda. Sekiranya berlaku kelewatan, saya akan memaklumkan semula kepada anda. Kesabaran anda amat saya hargai.



WITHDRAWAL



Untuk withdrawal anda dikehendaki memaklumkan kepada saya maklumat berikut:
  1. No akaun trading:
  2. Investor password:
  3. Jumlah USD:
  4. No akaun bank:
  5. Nama pemegang akaun bank:
  6. Sila whatsapp maklumat diatas ke www.wasap.my/60199273157

Proses withdrawal antara 1 - 24 jam dan proses payment juga antara 1 - 24 jam. Sekiranya berlaku kelewatan, saya akan memaklumkan semula kepada anda. Kesabaran anda amat saya hargai.